Sekapur Sireh : Salam Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t
"Melati Kuntum Tumbuh Melata,
Sayang Merbah Di Pohon Cemara,
Assalamualaikum Mulanya Kata,
Kami Sembah Pembuka Bicara"
Blog ini adalah hasil kejasama yang dijalankan oleh lima orang mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil program Kesusasteraan Melayu Dalam Pembinaan Modal Insan (BSS3073). Ia dikendalikan oleh pensyarah kami iaitu Dr.Azimah binti Zakaria.
Dengan bertemakan "Riang Ria Anakku" laman blog ini akan kami kongsikan beberapa idea menarik serta cara-cara pengajaran kepada murid-murid pra-sekolah. Ia adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai ataupun para guru serta kanak-kanak pra-sekolah itu sendiri mengenai nilai-nilai serta pengajaran yang baik yang boleh diamalkan serta dipelajari oleh kalian semua.
Oleh itu, ia sangat bertepatan dengan kursus ini iaitu "Pembinaan Modal Insan" yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai modal insan di dalam diri kanak-kanak prasekolah khususnya iaitu melalui dalam bentuk Kesusasteraan Melayu.
Di dalam laman blog ini penerapan nilai-nilai modal insan tersebut akan kami paparkan melalui kisah-kisah tauladan, lagu kanak-kanak dan juga aktiviti permainan yang mengandungi unsur-unsur nilai murni serta nilai pengajaran kepada kanak-kanak prasekolah.
0 comments:
Post a Comment