PENUTUP

Kesimpulannya, penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pra sekolah memberikan kesan yang positif dalam diri kanak-kanak terbabit. Hal ini demikian kerana, melalui karya-karya sastera pelbagai nilai yang boleh diterapkan ke dalam diri kanak-kanak seperti nilai baik hati, nilai kerjasama, nilai kasih sayang dan sebagainya.

Pepatah Melayu yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’ sangat bertepatan dengan keadah pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan sastera tidak kiralah sama ada bahan sastera tersebut merupakan bahasa sastera moden mahupun tradisional. Hal ini demikian kerana kanak-kanak mudah menerima apa-apa nasihat kerana jiwa mereka masih suci dari melakukan sebarang dosa, oleh itu kita perlu menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri mereka sejak awal lagi supaya mereka membesar dalam suasana yang baik.

Seperti yang kita sedia maklum, dalam bahan sastera terdapat banyak nasihat dan pengajaran yang mudah untuk difahami oleh golongan pra sekolah ini, oleh itu proses pembelajaran mereka mengenai nilai-nilai moral akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Tambahan lagi dengan penggunaan bahan-bahan yang menarik dan ringkas seperti buku-buku cerita yang mempunya grafik yang berwarna-warni, lagu kanak-kanak yang menarik untuk didengar dan dihayati oleh kanak-kanak pra sekolah, teknik permainan yang mudah tetapi menghiburkan hati dan banyak lagi.


Oleh itu, penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pra sekolah perlu teruskan untuk melahirkan generasi yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berakhlak mulia.



0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates